suria

Kena scam! Nak pinjam RM20,000, usahawan rugi lebih RM19,000

Seorang usahawan ditipu sindiket pinjaman yang tidak wujud sehingga kerugian sebanyak RM19,618. gambar hiasan foto FAIHAN GHANI/The Star.

SEORANG usahawan wanita berusia 23 tahun dari Masjid Tanah, Melaka terpaksa membayar sejumlah RM19,681 sebagai fi memproses bagi memohon pinjaman RM20,000.

Mangsa bagaimanapun tidak menerima wang pinjaman seperti yang dijanjikan.

Bukan setakat itu, nombor telefon yang digunakan suspek juga terlibat dengan beberapa laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Superintendan E Sundra Rajan berkata, pengusaha katering telah membuat bayaran tersebut yang hampir menyamai nilai yang mahu dpinjamnya.

"Masih ramai yang mudah tertipu dengan sindiket pinjaman peribadi walaupun banyak laporan media mengenai penipuan tersebut," katanya pada Isnin.

Sundra Rajan berkata, mangsa telah membuat bayaran ke lima akaun bank berbeza, antara 30 januari hingga 5 Februari lalu.

"Mangsa melihat iklan dalam talian yang menawarkan pinjaman peribadi pada 29 Januari sebelum memohon pinjaman itu," katanya.

Sundra Rajan berkata, mangsa telah membuat pindahan wang secara berperingkat berjumlah RM19,618, bagi tujuan fi memproses dan duti setem untuk permohonan pinjaman.

Tambah beliau, mangsa kemudian memutuskan membuat laporan polis di Balai Polis Masjid Tanah kerana tidak menerima pinjaman berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

scam, usahawan, pinjaman peribadi,

Artikel Lain