SEORANG bapa berusia berusia 44 tahun didakwa mencabul anak perempuannya berusia tujuh tahun. Tertuduh yang bekerja sendiri, didakwa mencabul kanak-kanak itu di atas katil di bilik tidur di sebuah rumah di Lorong Chempa Telaga Air di Butterworth, Pulau Pinang, kira-kira pukul 10 malam antara 15 November tahun lalu hingga 20 Januari tahun ini. Pendakwaan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda, jika disabit kesalahan. Tertuduh yang memakai kemeja-T dengan tangannya digari, dibawa ke Mahkamah Sesyen di Butterwroth. Pendakwaan dibuat di hadapan hakim, Norhayati Mohamad Yunus. - The Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!