SEORANG Adun DAP meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun membuat penjelasan berhubung isu hutang miliknya. Menurut Adun Canning, Jenny Choy, dia mempersoalkan sumber yang digunakan Rina untuk membayar hutang lebih sejuta ringgit, agar tidak diisytihar muflis.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai masih belum move on, imej Rina Harun umpama transformasi penyanyi Adele... Nurul Izzah, Rara dah ada saingan! Jelasnya, kekayaan Rina diragui berdasarkan perisytiharan aset yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diterbitkan untuk tatapan umum. "Dilaporkan bahawa beliau melunaskan hutangnya kepada sebuah syarikat filem yang berpangkalan di Paris. "Dia sebelum ini diberikan notis kebankrapan untuk hutang berjumlah RM1,340,642.02. "Harus dijelaskan bagaimana beliua berjaya mengumpul kekayaan dan dana yang cukup untuk melunaskan hutang besar dalam jangka waktu 15 bulan kerana data pengisytiharan aset (SPRM) menunjukkan bahawa asetnya berjumlah RM72,000 ketika ia diterbitkan pada 20 November 2019, dengan pendapatan RM34,004,48 sebulan, ”katanya pada hari Rabu. Kata Choy, sekiranya pendapatan Rina tidak berubah sejka 2019, beliau perlu mengambil masa selama 40 bulan untuk mengumpul dana itu tanpa membuat sebarang perbelanjaan lain. Malah, dia turut mempersoalkan sekiranya Rina telah membuat pernyataan palsu mengenai asetnya pada tahun 2019. "Sebagai menteri Kabinet dan penjawat awam, Rina berhutang penjelasan kepada rakyat," tambah Choy. Pada Selasa, Rina dilaporkan Rina telah menyelesaikan hutangnya minggu lalu. Untuk rekod, syarikat Sarl Novovision menyaman Rina pada 8 November 2018 dan menuntut beliau melunaskan hutang sebelum 31 Julai 2019. Ia berkaitan beberapa filem, dokumentari dan rancangan komedi yang dijual kepada tiga syarikat, yang mana Rina menjadi pengarahnya. Rina yang juga salah seorang pengarah syarikat Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd - yang kini telah ditutup, menerima Notis Kebangkrapan untuk hutang terhadap Sarl Novovision berjumlah RM1,340,642.02, setakat 17 November 2020. Rina dan seorang lagi pengarah, Ida Rahayu Md Noor, pada Mei 2014 telah memeterai perjanjian jaminan dengan Sarl Novovision untuk secara peribadi dan bersama menanggung semua liabiliti syarikat. Tiga syarikat itu ditutup antara Disember 2013 hingga Ogos 2015. - The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!