suria

Genap 21 hari selepas dos pertama, PM terima suntikan kedua vaksin Covid-19

Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan itu di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 18, Putrajaya pada Selasa petang.

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di Malaysia yang melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Muhyiddin menerima suntikan kedua itu di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 18, Putrajaya pada Selasa petang.

ARTIKEL BERKAITAN: PM jadi individu pertama disuntik vaksin Covid-19 di Malaysia

Detik itu turut disiarkan secara langsung, sekali gus menyaksikan Muhyiddin individu pertama menerima MY COVID-19 Vaccination Badge.

Suntikan dibuat selepas genap 21 hari beliau menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech pada 24 Februari lalu.

Selain Muhyiddin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 dalam acara itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain