POKOK ikonik yang berusia lebih seabad di hadapan bangunan Stadthuys, Bandar Hilir, Melaka akhirnya rebah menyembah bumi.
Pokok Batai Laut itu tumbang pada kira-kira pukul 6 pagi Rabu ketika hujan lebat.
Pokok tersebut ditanam pada tahun 1894, semasa era penjajahan British.
Ia merupakan antara 300 pokok era pra-Merdeka yang ditanam di bandaraya bersejarah itu. - THE STAR
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!