suria

Pasar Datuk Keramat terbakar, punca kejadian belum dikenalpasti

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

ORANG ramai gempar apabila berlaku kejadian kebakaran di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada Rabu petang.

Jurucakap dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 5.26 petang.

Pasukan dari balai bomba Setapak, Wangsa Maju dan Hang Tuah turut dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Gerai di sana berdekatan satu sama lain dan ada kemungkinan tidak ada pembahagi di antara mereka, yang memungkinkan api merebak dengan cepat.

"Kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.25 petang. Tidak ada mangsa dalam kejadian ini," kata jurucakap itu.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Video dan gambar sekitar kejadian turut tular dan menjadi perbualan ramai netizen di media sosial. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain