GENAP setahun sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19, barisan hadapan negara ini telah dianugerahkan Anugerah Merit Ibn Khaldun oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai menghargai perjuangan dan perkhidmatan mereka. Raja Permaisuri Agong yang juga Ketua Perlembagaan UIAM, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan anugerah tersebut kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Noor Hisham menerima anugerah tersebut sebagai mewakili petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan negara.ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Dr Noor Hisham dinobat antara 3 doktor terbaik dunia komited melawan Covid-19 "Saya dengan rendah hati menerima Anugerah Merit Ibn Khaldun Dalam Transformasi Sosial Peringkat Global 2020 ini bagi pihak semua agensi perubatan dan keselamatan, yang memikul tanggungjawab sebagai barisan hadapan, sebagai pengiktirafan atas sumbangan dan usaha mereka yang berani dalam situasi pandemik Covid-19," kata Dr Noor Hisham dalam catatan di Facebook. Dr Noor Hisham berkata sepanjang pandemik dan pelaksanaan PKP, petugas barisan hadapan telah melakukan 'usaha luar biasa'. "Sesungguhnya, para petugas barisan hadapan telah melakukan suatu usaha yang luar biasa selama menghadapi tempoh pandemik ini dan seterusnya," katanya. - THE STAR Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!