suria

KJ jadi individu pertama disuntik vaksin Sinovac

Khairy menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Hospital Rembau, pada Khamis.

MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menjadi individu pertama di negara ini yang menerima vaksin Covid-19 jenis Sinovac pada Khamis (18 Mac).

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Hospital Rembau di Pedas, Negeri Sembilan.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata dia memilih vaksin dari China itu untuk memerangi 'keraguan pemilihan vaksin' dalam kalangan rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia bakal terima bekalan vaksin Johnson & Johnson - KJ

Pada 27 Februari lalu, Khairy berkata beliau mengambil pendirian berbeza dengan menawarkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin selain Pfizer bagi mengukuhkan keyakinan masyarakat terhadap setiap keberkesanan pelalian yang diluluskan.

"Ada yang lebih suka vaksin Pfizer, dan ada yang mahukan Sinovac.

"Beberapa pengamal perubatan mengatakan bahawa vaksin Sinovac menggunakan platform virus yang tidak aktif secara tradisional. Begitulah cara vaksin lama berfungsi dan dicuba serta diuji.

"Ada yang mengatakan teknologi mRNA (di sebalik vaksin Pfizer) bagus kerana kadar keberkesanannya tinggi.

"Ini adalah pandangan yang harus kita dengari tetapi pendirian kerajaan adalah mengambil apa jua vaksin yang diluluskan oleh Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara," katanya - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

KJ, vaksin Sinovac

Artikel Lain