suria

Anggota polis cedera di paha, dipercayai tertembak diri sendiri

Seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera pada bahagian paha sebelah kiri selepas tertembak diri sendiri. Gambar hiasan

MALANG tidak berbau apabila seorang anggota polis cedera dipercayai tertembak diri sendiri dalam satu kejadian di Balai Polis Meranti, Pasir Mas pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, ketika kejadian anggota tersebut yang baharu selesai bertugas mahu menyerahkan senjata api.

Beliau berkata, semasa hendak mengosongkan peluru, senjata api itu secara tiba-tiba telah meletup satu das.

Dalam kejadian sekitar jam 11.30 malam itu, anggota berpangkat konstabel itu cedera pada bahagian paha sebelah kiri.

Tambahnya, anggota berusia 29 tahun itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

"Alhamdulillah, anggota berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya kepada pemberita sempena Sambutan Hari Polis Ke-214 Peringkat Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan pada Khamis.

Shafien berkata, siasatan lanjut dilakukan untuk mengenalpasti punca sebenar kejadian. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain