suria

Bongkah konkrit terjatuh dari lori di MRR2, tiada kaitan dengan projek SUKE

Sebuah bongkah konkrit jatuh dari sebuah lori di lorong tengah MRR2 selepas Hillview menghala ke Ampang.

PENGGUNA jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dikejutkan dengan satu bongkah konkrit yang dilaporkan terjatuh dari sebuah lori pada pagi Khamis.

Syarikat konsesi lebuh raya itu membuat posting di laman Twitter SUKE Expressway pada pukul 7.47 pagi bahawa bongkah konkrit itu tiada kaitan dengan projek mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden SUKE: Mayat mangsa terakhir berjaya dikeluarkan

"Sebuah bongkah konkrit telah jatuh dari sebuah lori (bukan dari projek SUKE) di lorong tengah MRR2 selepas Hillview menghala ke Ampang," ujar pengendali Twitter itu.

Dalam satu posting berasingan pada 7.57 pagi, dimaklumkan bahawa "lorong tengah telah dibuka untuk lalu lintas".

Mereka turut menggesa pemandu kenderaan untuk mengikuti arahan pegawai trafik di lokasi tersebut.

Terdahulu pada Isnin, komponen kren di tapak pembinaan SUKE di Cheras, Kuala Lumpur, jatuh sebelum menghempap sebuah kereta yang melintas, menyebabkan kecederaan pada pemandu.

Kemalangan itu meragut nyawa tiga warga China yang bekerja di lokasi iaitu Ding Kunfu, Jiang Jinboa dan Mu Tong Zheng. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain