suria

Beberapa menteri, timbalan menteri Umno bertemu Muhyiddin

Pertemuan tersebut berlangsung kira-kira sejam pada petang Ahad.

BEBERAPA menteri dan timbalan menteri dari Umno dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sehari selepas parti itu meluluskan resolusi memutuskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam perhimpunan agung pada Ahad.

Pertemuan tersebut berlangsung di Pejabat Perdana Menteri pada pukul 5.30 petang Isnin.

Pertemuan itu dikatakan berlangsung selama kira-kira satu jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Reset politik, Umno terbuka berunding dengan mana-mana parti untuk wujudkan kerajaan selepas PRU15

Tidak dapat dipastikan agenda pertemuan berkenaan namun ia dipercayai berkaitan dengan keputusan yang dicapai pada Perhimpunan Agung Umno (PAU2020) pada Ahad.

Sumber mengesahkan mengenai pertemuan tersebut namun enggan mendedahkan butiran lanjut.

Sumber itu juga enggan mengesahkan siapa antara menteri dan timbalan menteri Umno yang menghadiri pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, Sinar Harian melaporkan bahawa salah seorang yang hadir dalam pertemuan itu adalah Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sinar Harian turut melaporkan kenderaan yang membawa menteri-menteri berkenaan dilihat meninggalkan bangunan terbabit kira-kira jam 6.45 petang tanpa berhenti untuk bercakap kepada pemberita yang menunggu di luar pekarangan bangunan tersebut. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain