PENGASAS laman Sugarbook mendakwa terdapat individu berpengaruh yang turut mendaftar aplikasi itu. Namun kata Chan Eu Boon, 34, dia enggan mendedahkan nama mereka kepada pihak berkuasa. ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan semula pengasas Sugarbook Dia yang lebih dikenali sebagai Darren Chan memberitahu VICE, ada selebriti tempatan turut mendaftar aplikasi itu. "Saya dapat lihat kenapa orang mahu saya mendedahkan nama sugar daddy dalam laman kami tetapi saya pandang serius perihal data dan privasi dan tak akan berkompromi dengan identiti peribadi seseorang. "Pihak berkuasa telah meminta nama dan alamat ahli premium kami tetapi saya berulang kali menolak untuk mendedahkan sebarang maklumat," katanya semasa wawancara dengan portal berita antarabangsa yang disiarkan pada Isnin. Dia juga menolak dakwaan bahawa Sugarbook mempromosikan pelacuran tetapi sebaliknya adalah laman web temu janji dalam talian. Tambahnya, dia kini fokus kepada pengembangan perusahaan di luar negara dan mempertimbangkan untuk memasuki pasaran seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Tokyo. Chan yang menerbitkan sebuah posting mengenai sugar baby dari 10 universiti tempatan, didakwa di mahkamah pada 25 Februari. Dia mengaku tidak bersalah menerbitkan posting itu dengan tujuan untuk menimbulkan kebimbangan orang ramai. - The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!