suria

Berita baik! YES Kasi Up tawar 40GB data percuma untuk pengguna B40, jom tuntut sekarang

YES Kasi Up beri ganjaran kepada pengguna setia mereka.

BERITA baik untuk semua rakyat dalam golongan B40, anda kini berpeluang menggunakan 40GB data secara percuma yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi YES ini untuk pelanggan mereka.

YES milik YTL Communications melancarkan inisiatif YES Kasi Up B40 yang menawarkan 40GB data percuma kepada setiap ahli komuniti B40 yang berdaftar.

ARTIKEL BERKAITAN: YES Konfem 4G Konfem Unlimited, data 4G sempurna untuk gaya hidup urban

Data tersebut boleh dituntut di https://www.yes.my/ms/kasiupB40 atau melalui aplikasi MyYes.

Pengarah Urusan YTL Communications, Datuk Yeoh Seok Hong berkata inisiatif itu dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan selepas kejayaan setahun mereka melancarkan program berimpak tinggi Belajar Dari Rumah yang menyediakan data percuma kepada murid-murid di sekolah kerajaan dan telefon percuma untuk pelajar-pelajar B40.

Susulan kejayaan tersebut, YES kini berbesar hati untuk menawarkan program data percuma ini secara lebih meluas melibatkan semua pengguna yang tergolong dalam kumpulan B40.

"Hari ini genap setahun sejak kami mula memberikan data percuma kepada mereka yang sangat memerlukan.

"Perjalanan itu bermula dengan inisiatif Belajar Dari Rumah Yayasan YTL dengan kerjasama YES.

"Sasarannya pada ketika itu ialah untuk memastikan semua murid sekolah di Malaysia dapat terus belajar, walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan sedang dilaksanakan akibat pandemik Covid-19," katanya.

YES Kasi Up B40 adalah tonggak kelima dalam siri inisiatif YES yang dilancarkan sejak Disember tahun lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia merapatkan jurang digital.

"Matlamat YES Kasi Up adalah untuk mencari cara baru dan berinovasi bagi membolehkan rakyat Malaysia, terutama sekali mereka yang kurang berkemampuan, dengan melengkapkan mereka dengan komoditi paling penting hari ini iaitu data.

"Kita hanya boleh menjadi sebuah negara yang inklusif apabila kita menjadikan data boleh diakses dan mampu dimiliki oleh semua dan itulah perkara yang YES ingin lakukan," katanya

Sebelum ini YES Databack, dilancarkan dengan kerjasama Shopee Malaysia merupakan program pertama seumpamanya yang memberi ganjaran data percuma kepada para pembeli setiap kali mereka berbelanja.

Program yang sedang berjalan ini memberikan pembeli 5GB data percuma untuk setiap RM50 yang mereka belanjakan di Shopee.

Sejak ia mula dilaksanakan, YES telah memberikan berjuta data percuma kepada pelanggan-pelanggan Shopee di bawah program YES Databack.

Syarikat telekomunikasi ini juga telah melancarkan YES Kasi Up Prepaid 15, pelan prabayar paling mampu milik di Malaysia, dan YES Kasi Up Postpaid 49, dengan yuran percuma selama 6 bulan untuk kontrak selama 2 tahun, dilancarkan bagi membolehkan semua rakyat Malaysia mendapat akses data pada harga mampu milik.

YES turut memperkenalkan program YES Kasi Up Refer & Earn, yang memberi peluang kepada pelanggan YES untuk menjana pendapatan tambahan dengan memberikan mereka wang tunai RM50 setiap kali mereka merujuk YES kepada rakan atau ahli keluarga mereka, di mana pelanggan baharu itu juga mendapat jumlah yang sama.

Untuk memohon, golongan B40 dikehendaki memberikan butiran perhubungan mereka di https://www.yes.my/ms/kasiupB40 bagi membolehkan kad sim YES dihantar terus ke rumah anda.

Pemohon tidak perlu bimbang tentang kos penghantaran kerana ia adalah percuma.

Selepas ia diaktifkan melalui aplikasi MyYes, 40GB data percuma tersebut sah untuk tempoh 60 hari.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain