suria

Hina Permaisuri Agong: Fahmi Reza direman sehari

Fahmi ditahan polis pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

SUSULAN penahanan pada Jumaat berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong, aktivis Fahmi Reza direman sehari bagi membantu siasatan.

Reman terhadap Fahmi disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

"Fahmi direman satu hari pada Sabtu untuk siasatan polis," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fahmi Reza ditahan polis, kes sedang disiasat Bukit Aman

Pada Jumaat, Huzir memaklumkan Fahmi Reza atau nama sebenarnya Fahmi Reza Mohd Zarin ditahan di sebuah lokasi di ibu negara oleh sepasukan anggota JSJ Bukit Aman.

Penahanan ke atas suspek dibuat susulan satu laporan polis yang diterima berkaitan satu hantaran menggunakan akaun Facebook Fahmi Reza yang didapati menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Hantaran itu mengandungi sekeping gambar Raja Permaisuri Agong berserta kapsyen 'This is dengki ke?'

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain