suria

Menghidupkan sambutan Nuzul Quran... jom sertai program ‘Mengaji Marathon’ 12 jam tanpa henti

Program Mengaji Marathon akan diadakan menerusi saluran YouTube MCPlus.

ANTARA keutamaan amalan orang yang berpuasa pada bulan Ramadan adalah membaca al-Quran.

Nabi Muhammad SAW sendiri akan memperbanyakkan membaca al-Quran dan mengkhatamnya apabila tibanya bulan Ramadan.

Sempena sambutan Nuzul al-Quran yang akan disambut Khamis (29 April 2021), MCPlus akan mengadakan program Mengaji Marathon secara langsung selama 12 jam tanpa henti bagi mereka yang ingin khatam al-Quran pada bulan mulia ini.

Face of MCPlus, Fathi Hussein berkata, program itu bertujuan untuk menarik lebih ramai umat Islam sebagai ‘kickstart’ kepada mereka yang tidak berkesempatan ataupun masih tertinggal dalam usaha untuk khatam al-Quran pada bulan Ramadan.

MCPlus akan mengadakan program Mengaji Marathon secara langsung selama 12 jam tanpa henti bagi mereka yang ingin khatam al-Quran pada bulan mulia ini.

Fathi berkata, MCPlus yang juga institusi pendidikan dalam talian untuk pelajar UPSR, PT3 dan SPM amat menitikberatkan perkembangan pelajar di luar silibus.

“Sebelum ini pun kami ada mengadakan program percuma untuk semua pelanggan seperti kelas mengaji, memantapkan solat, sembang motivasi, kelas mandarin dan sebagainya.

“Bersempena bulan Ramadan juga kami mengadakan bacaan al-Quran sebanyak satu juzuk setiap hari dan ia mendapat sambutan luar biasa daripada pelajar kita.

“Bertitik tolak daripada itu, kami terfikir untuk tampil dengan program Mengaji Maraton satu Malaysia atau #SeMalaysiaMengaji bagi membolehkan lebih ramai khatam dalam bulan Ramadan ini,” ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah Fathi, dia berharap program ini dapat mendekatkan umat Islam terutamanya bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan amalan ini selain menjadi asbab mendekatkan lebih ramai orang cintakan al-Quran.

Program Mengaji Marathon akan diadakan menerusi saluran YouTube MCPlus bermula pukul 6 pagi hingga 6 petang dan ia dibuka terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara percuma.

Untuk informasi lanjut mengenai program itu layari Instagram MCPlus.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain