suria

Covid-19: Syarat yang lebih ketat untuk masuk ke Sabah mulai 20 Mei, kata Masidi

Datuk Masidi Manjun ketika mengadakan sidang media perkembangan semasa Covid-19 di negeri Sabah. Foto: Bernama

SABAH akan memperketatkan syarat bagi mereka yang ingin memasuki negeri itu, bermula 20 Mei ini, kata Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian Covid-19 di Sabah berkata, ia berikutan peningkatan kes yang disebabkan oleh kemasukan ke negeri tersebut baru-baru ini.

"Satu kluster baru di Tawau muncul kerana ketibaan pasangan dari Labuan pada 7 Mei dan kes lain, juga dari Labuan, ke daerah Tawau pada 8 Mei," katanya semasa taklimat harian Covid-19 pada Selasa (18 Mei).

ARTIKEL BERKAITAN: Sabah akan beli vaksin Covid-19 sendiri jika bekalan tidak mencukupi

Masidi berkata antara syarat baru untuk masuk ke Sabah adalah wajib melakukan ujian calitan (swab) Covid-19 dengan keputusan negatif, kuarantin 14 hari di hotel terpilih untuk bukan penduduk Sabah, kuarantin 14 hari di rumah untuk penduduk Sabah dan penduduk tetap, dan mereka yang memegang pas kerja di Sabah.

Masidi berkata pegawai kerajaan yang perlu memasuki Sabah untuk urusan kerja tidak perlu menjalani kuarantin 14 hari tetapi mereka perlu diuji negatif untuk Covid-19 sebelum ke negeri berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu bagi pelabur asing pula, mereka dibenarkan masuk ke Sabah atas tujuan pelaburan dan mendapat kelulusan kerajaan, katanya.

Tambah Masidi, pelabur asing tidak perlu menjalani kuarantin sebaliknya perlu membuat permohonan untuk masuk terlebih dahulu dan diuji negatif untuk Covid-19.

Pada Selasa, Sabah mencatatkan 95 kes Covid-19 dengan tiada kematian dan kluster baharu direkodkan. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain