suria

Kantoi! Guna laluan tikus rentas daerah, dua lelaki dikompaun RM5,000

Polis mengetatkan SJR sejak kerajaan menguatkuasakan PKP di seluruh negara. Gambar hiasan

KETIKA kerajaan mengetatkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung kes Covid-19 yang menunjukkan peningkatan ketika ini, namun masih ada segelintir individu yang ingkar dan bersikap mementingkan diri.

Di Alor Setar, dua pemandu kereta cuba merentas daerah melalui laluan tikus untuk mengelakkan sekatan jalan raya (SJR).

Bagaimanapun, cubaan tersebut gagal dan kedua-duanya ditahan dalam SJR di Jalan Bukit Pinang-Kepala Batas.

Kedua-duanya turut dikenakan kompaun RM5,000.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dua lelaki berusia 24 dan 30 tahun itu gagal mengemukakan dokumen kebenaran rentas daerah yang sah ketika melalui laluan tikus untuk memasuki daerah Kota Setar dari arah Jitra pada pukul 6 petang pada Isnin.

"Polis mengeluarkan kompaun atas kesalahan Perkara 4 dan 5 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan) (No 4) (Pindaan) (No 15) 2021)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Ahmad Shukri berkata, pasukan Pemantau Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar (IPD) Kota Setar mendirikan SJR Bergerak 'Snap Check' di Jalan Bukit Pinang Kepala Batas untuk memeriksa kenderaan yang menggunakan laluan itu untuk masuk ke Kota Setar.

"Pasukan pemantau akan meneruskan pemeriksaan mengejut di semua lokasi terutamanya di laluan tikus untuk memasuki daerah ini susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 19 Mei," katanya lagi. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain