KHABAR angin bertiup kencang mengenai perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diadakan pada Jumaat.
Bagaimanapun, tiada siaran langsung perutusan khas Muhyiddin berkenaan situasi semasa Covid-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan pada Jumaat.
Menerusi laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN), orang ramai dinasihatkan agar menghentikan berita tidak benar.
Satu poster memaparkan perutusan khas Muhyiddin akan disiarkan secara langsung jam 9 malam telah tular.
Bagaimanapun tiada tarikh dinyatakan pada poster berkenaan.
Mesyuarat MKN yang bermula pukul 3 petang menjadi tumpuan utama rakyat pada ketika ini berhubung situasi semasa negara.
Pelaksanaan PKP secara menyeluruh dijangka diputuskan dalam mesyuarat berkenaan. - Sinar Harian
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!