suria

Pendaftaran pusingan kedua vaksin AstraZeneca bermula tengah hari Ahad ini

Petugas kesihatan melakukan suntikan vaksin Astrazeneca ke atas orang awam. -gambar hiasan foto SHAARI CHEMAT/The Star

PENDAFTARAN pusingan kedua bagi suntikan vaksin AstraZeneca akan dibuka bermula pukul 12 tengah hari Ahad ini (23 Mei).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keutamaan diberikan kepada mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri.

Khairy berkata, warga emas boleh mendaftar menerusi laman web www.vaksincovid.gov.my dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) juga akan melakukan pendaftaran untuk warga emas yang berada di kawasan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendaftaran pusingan kedua vaksin AstraZeneca dibuka 23 Mei, utamakan warga emas

Dilaporkan sejumlah 1.1 juta dos vaksin untuk orang awam kali ini

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sebilangan besar janji temu boleh didapati menerusi laman web. Selebihnya yang tidak diambil oleh warga emas akan dibuka kepada mereka yang berusia bawah 60 tahun, pada 26 Mei," katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa mereka yang telah mendaftar pada pusingan pertama dan dimasukkan dalam senarai menunggu akan diletakkan di bawah pusingan kedua.

Pendaftaran pertama untuk suntikan vaksin AstraZeneca diadakan pada 2 Mei melibatkan seramai 268,000 orang di Lembah Klang berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Kesemua pendaftaran tersebut selesai dalam tempoh tiga jam. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain