suria

Lain orang lain ragam... segelintir individu beratur panjang beli barang, risau PKP lebih ketat dilaksana

PMO dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial akan dilaksanakan.- fotoBERNAMA.

PENULARAN Covid-19 yang semakin meruncing ternyata membimbangkan ramai.

Malah, Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial akan dilaksanakan.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP 3.0 diperketat! Sekatan tambahan diumum Sabtu - PMO

Perincian mengenai sekatan tambahan itu akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam perkembangan itu, segelintir individu mula beratur panjang pasar raya dan kedai-kedai untuk membeli barangan keperluan penting.

Malah, ada juga rakyat yang masih 'santai' dan tidak melakukan pembelian panik susulan pengumuman itu.

Di Ipoh, Perak misalnya, foto dirakam memaparkan orang ramai beratur panjang membeli barangan keperluan.

Malah, foto-foto itu turut tular di media sosial.

Kata seorang guru, Ambiga Pillay, 60, tiada keperluan untuk membuat pembelian panik dan ia tidak berbaloi untuk bersesak di tempat awam.

"Hanya saya dan suami di rumah. Jadi kami tak perlu banyak barang. Apabila kami perlukan sesuatu, kami boleh pergi ke kedai berdekatan.

"Saya pasti barangan keperluan cukup untuk semua orang. Tidak perlu panik," ujarnya.

Malah katanya, dia tidak faham melihat foto tular memaparkan orang ramai beratur panjang untuk membuat pembelian panik.

"Kita sudah melalui beberapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu. Kita masih lagi dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan," ujarnya. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain