suria

LRT bertembung: Pemandu tren terlibat negatif ujian air kencing

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pemandu itu membuat ujian air kencing pada Selasa. --fotoBERNAMA.

PEMANDU tren yang terlibat dalam nahas pada Isnin malam disahkan negatif ujian air kencing.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

ARTIKEL BERKAITAN: LRT bertembung: 213 mangsa akan terima bantuan khas RM1,000

Ujar beliau, pemandu berusia 32 tahun itu hadir ke ibu pejabat polis Dang Wangi pada Selasa.

"Kami panggil dia untuk ujian dadah. Dia disahkan negatif.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kita hanya panggil untuk ujian air kencing," ujar beliau.

Tambahnya, lelaki itu juga akan dipanggil oleh panel siasatan khas oleh Kementerian Pengangkutan, jika diperlukan.

Pada Isnin malam, seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya yang berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru melibatkan satu tren yang membawa penumpang serta sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain