PENDAFTARAN pusingan kedua bagi suntikan vaksin AstraZeneca akan dibuka kepada individu berusia di bawah 60 tahun bermula pukul 12 tengah hari Rabu (26 Mei), kata Khairy Jamaluddin. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tempahan akan dibuka bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak. ARTIKEL BERKAITAN: Pendaftaran pusingan kedua vaksin AstraZeneca bermula tengah hari Ahad ini Program pusingan kedua bagi suntikan vaksin AstraZeneca ketika ini dibuka kepada individu berumur 60 tahun dan ke atas, sejak Ahad. "Keutamaan diberikan kepada warga emas hari ini dan pagi esok," kata Khairy pada sidang media, Selasa. Maklumat lanjut, layari laman web www.vaksincovid.gov.my - The Star Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!