suria

Kenyataan ‘Media mana?’ bukan wakili KKM, Dr Rafidah akan dipanggil perjelas isu persoal media

Dr Rafidah menerusi ciapan di laman Twitter mempersoalkan tanggungjawab media dalam usaha pemberian vaksin Covid-19.

KENYATAAN pakar perubatan, Dr Rafidah Abdullah yang mempersoalkan tanggungjawab pihak media di dalam usaha pemberian vaksin Covid-19 tidak mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kementerian itu akan memanggil Pakar Buah Pinggang, Dr Rafidah bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan tersebut.

"KKM akan memanggil Dr Rafidah untuk mendapatkan penjelasan lanjut bagi memastikan perkara sebegìni tidak berulang lagi," kata kenyataan itu pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kita dah tidak ada masa, program vaksinasi ni lembab sangat" - Doktor rayu utamakan rakyat yang betul-betul mahu... pesakit kronik wajib!

ARTIKEL BERKAITAN: Pentingkah jenama vaksin sebelum ambil suntikan? Ini jawapan kepada persoalan yang mungkin ada di minda anda sebelum ini

ARTIKEL BERKAITAN: "Rehat secukupnya kerana tubuh seperti di medan perang" - Kongsi 10 tip selepas terima vaksin, doktor ini redakan kebimbangan masyarakat

KKM berkata, pihaknya menghargai peranan media yang banyak membantu kementerian dalam menangani wabak pandemik Covid-19.

"Sebarang kesulitan yang timbul adalah amat dikesali," katanya.

Dr Rafidah menerusi ciapan di Twitternya mempersoalkan di mana media tatkala kerajaan sedang mempergiatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

"Tak payah lah cerita-cerita artis langgar SOP. Pedulikan mereka ini.

"Gantikanlah program-program tidak berilmiah dengan yang boleh mempengaruhi minda masyarakat kita ke arah membuat keputusan yang lebih betul. Lebih kan," ciapnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau dalam pada itu turut mempersoalkan peranan pemimpin setempat yang sepatutnya perlu turut sama bertanggungjawab memastikan masyarakat mendapatkan vaksin.

"Saya tahu ramai masyarakat Malaysia terpengaruh dengan jiran sebelah rumah dan pelbagai mesej WhatsApp berkeliaran. Mana wakil rakyat? Mana ketua kampung? Kerajaan negeri? Ajak lah mereka bersama-sama vaksin. Turunlah padang. Ini kerja anda. Buatlah. Takkanlah ini kerja Kementerian Kesihatan (KKM) juga," ujarnya.



Kenyataan Dr Rafidah di laman Twitter.

Selain itu dalam ciapan sama, beliau turut menggesa kerajaan mengubah strategi pemberian vaksin termasuk membenarkan pihak swasta membawa masuk bekalan vaksin dengan kadar segera bagi mempercepatkan proses penerimaan vaksin yang kini disifatkan amat perlahan.

Beliau berkata, Malaysia sudah tidak boleh membazirkan masa begitu sahaja dalam keadaan ramai pesakit yang kecundang tanpa henti ketika ini.

"Cepatkanlah program vaksinasi ni. Lembab sangat. 'Bring in anything, everything'. Apa jenis vaksin pun. Cepat sikit. Bagi sahaja lah syarikat swasta bawa masuk vaksin. Tak kira lah siapa.

"Beri pada yang hendak buat masa ini. Ramai dah orang daftar. Mereka masih tertunggu-tunggu.Opt-in, daftar pun ada baiknya.

"Tapi berilah temujanji kepada mereka yang dah daftar lama. Ini memang golongan yang betul-betul mahu, tunaikan. Yang tidak mahu, ketepikan," katanya.

Dr Rafidah turut menegaskan betapa pentingnya untuk pesakit kronik mendapatkan vaksin segera.

"Pesakit kronik diberi keutamaan, tapi sampai hari ini soalan sama ditanya oleh anak-anak mereka di media sosial. Kenapalah macam itu.

"Dah berbuih mulut menyatakan, pesakit kronik sangat-sangat perlu. Di dalam interpretasi saya: Wajib. Tidak perlulah tanya lagi. Cepat-cepat daftar.

"Mereka ini kalau dijangkiti Covid-19, risiko maut tinggi. Jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak/ ahli keluarga," katanya. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain