suria

LRT bertembung: 213 mangsa akan terima bantuan khas RM1,000

mangsa lrt bantuan khas

KESEMUA mangsa yang terlibat dalam nahas tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada Isnin malam, akan diberikan perhatian menerusi bantuan khas.

Bantuan khas berjumlah RM1,000 akan diberikan kepada 213 mangsa yang terlibat dalam insiden dua tren di LRT bertembung di laluan Kelana Jaya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

ARTIKEL BERKAITAN: "Movie baru nak mula, sekelip mata saya tercampak" - Mangsa kongsi detik cemas LRT bertembung, ibu 'bergegar jantung' lihat anak dalam gambar tular

ARTIKEL BERKAITAN: Impak 60km/j! LRT 213 penumpang dan tren rosak dipandu uji bertembung... 47 parah, 166 cedera ringan

Beliau turut memaklumkan, pihaknya juga akan memberi jaminan akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) perkhidmatan LRT.

Dalam kejadian pada pukul 8.45 malam Isnin, seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya yang berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru melibatkan satu tren yang membawa penumpang serta sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain