suria

Pendaftaran slot tempahan vaksin AstraZeneca kini ditutup

Pendaftaran vaksin AstraZeneca kini ditutup. -gambar hiasan

SLOT tempahan suntikan vaksin AstraZeneca kini ditutup, kira-kira sejam setengah selepas pendaftaran dibuka pukul 12.15 tengah hari Rabu (26 Mei).

Perkara itu disahkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi akaun Twitter rasminya.

"Tempahan janji temu untuk pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca kini sudah ditutup.

ARTIKEL BERKAITAN: Esok! Pendaftaran pusingan kedua vaksin AstraZeneca dibuka kepada individu bawah 60 tahun

"Terima kasih bagi mereka yang mendaftar untuk membantu negara mencapai imuniti kelompok," menurut ciapan di laman Twitter pada Rabu.

Pada 2 Mei lalu, pendaftaran pusingan pertama untuk AstraZeneca yang ketika itu dibuka hanya untuk penduduk Lembah Klang, sebanyak 268,000 slot telah ditempah sepenuhnya dalam masa kurang empat jam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sesi pendaftaran pusingan kedua bagi suntikan vaksin AstraZeneca dibuka kepada individu berumur 60 tahun ke atas, sejak Ahad hingga pagi Rabu.

Pendaftaran itu kemudian dibuka kepada individu berumur bawah 60 tahun bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain