suria

[VIDEO] “Masa Tun dah habis... tak lama lagi ni” - Caprice sebak, tergamam dengar kata-kata Tun M

SELEPAS menjadi sebutan kerana keberaniannya berdebat dengan dua influencer wanita Israel mengenai penindasan umat Islam di Palestin, penyanyi rap, Caprice sekali lagi mencuri perhatian ramai.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, berkongsi detik manis di Instagram apabila berpeluang bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya, pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Salute Caprice! Tak ‘koyak’ berhujah dengan ‘influencer’ Israel

"Dari live Instagram, kepada panggilan menerusi Zoom setiap hari dengan orang di seluruh dunia, sehinggalah bertemu Tun. Saya berkongsi dengan beliau mengenai individu-individu yang saya hubungi di Zoom, rancangan saya untuk Timur Tengah, dan visi saya untuk belia kita di Malaysia," tulisnya.

Menerusi posting di laman tersebut juga, Caprice berkongsi betapa dia mengagumi tokoh berusia 96 tahun itu yang terkenal dek kelantangannya mengecam dasar 'apartheid' rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin sejak beliau menjadi Perdana Menteri ke 4 lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Masuk office Tun M, terus nampak Dome of the Rock berhampiran Al-Aqsa. Saya tahu ianya (mercu tanda) yang sangat dekat di hati beliau.

"Tapi apa yang buat Caprice sebak tadi bila Tun Dr Mahathir bagi tahu Caprice, 'masa Tun sudah habis. Tak lama lagi ni...'

"Saya ingin menangis tetapi saya tahan air mata saya kerana terasa seperti akan kehilangan datuk sendiri. Saya tergamam. Tun melihat ke luar jendela sebentar.



Perkongsian Caprice di Instagram mengenai pertemuannya dengan Tun Dr Mahathir.

"Akhirnya saya mendapat keberanian untuk memecah kesunyian dan berjanji akan mencuba yang terbaik untuk masuk ke parlimen, berkhidmat, dan memimpin Malaysia suatu hari nanti," tulisnya sambil meletakkan tanda pagar #rapatkansaf2040.

Dr Mahathir yang pernah menjadi pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dikenali kerana lantang menyuarakan isu global antaranya pembunuhan etnik Rohingya di Myanmar dan isu membabitkan negara Islam.

Beliau juga lantang menentang pencerobohan Israel di bumi Palestin ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sekaligus diiktiraf sebagai pemimpin dunia yang disegani.

Saya ingin menangis tetapi saya tahan air mata saya kerana terasa seperti akan kehilangan datuk sendiri.

CAPRICE

SELEBRITI/PENYANYI RAP

Untuk rekod, Dr Mahathir diiktiraf sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia bagi 2019 oleh penerbitan The Muslim 500, sekali gus mengetuai senarai 500 lelaki Islam paling berpengaruh di dunia.

Sementara itu perkongsian Caprice dihujani dengan komen bukan sahaja daripada rakan artis, malah ramai netizen meluahkan kekaguman mereka dan menyokong semangat serta inisiatif selebriti tersebut.



Antara komen netizen di perkongsian Instagram Caprice.

"Jarang orang muda menyentuh hati saya, tapi kamu lakukannya. Kamu punyai visi dan seorang pejuang.

"Beza betul Caprice dulu dan sekarang... Betul-betul dah istiqamah kepada ummah.

"Semoga berjaya, bro. Jauh lagi perjalanan... sedih bila baca masa Tun dah habis

"Semoga kamu menjadi Tun M yang seterusnya," demikian antara komen netizen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain