suria

Lagi 16 juta dos vaksin bakal diterima, pendaftaran automatik antara komitmen kerajaan pastikan PICK berjaya - PM

Kata Muhyiddin, kerajaan komited dan terus berusaha sebaik mungkin bagi memastikan program vaksinasi berjalan dengan lancar.

DALAM tempoh dua bulan akan datang, Malaysia bakal menerima kira-kira 16 juta dos vaksin Covid-19 lagi, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menurut Muhyiddin, dengan pertambahan bekalan vaksin tersebut kerajaan menyasarkan kadar vaksinasi harian akan mencecah 150,000 pada bulan ini.

"Pada permulaan program ini, kira-kira 5,000 hingga 8,000 suntikan vaksin diberikan setiap hari. Kini kita telah berjaya meningkatkan suntikan vaksin harian sekitar 100,000 sehari.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia beri kelulusan untuk vaksin AstraZeneca buatan Thailand

ARTIKEL BERKAITAN: Sasaran vaksinasi perlu tepat! Pensyarah ini cadang solusi luar biasa ‘berperang’ dengan Covid-19, ganjaran mampu buat golongan takut vaksin ubah fikiran

"Angka ini akan terus meningkat. Usaha ini tidak dapat dijayakan tanpa perancangan rapi kerajaan dan pengorbanan petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang terlibat,"kata Muhyiddin sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama bagi memastikan program vaksinasi berjaya dilaksanakan.

Beliau berkata demikian sempena Perutusan Khas Berhubung Perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada Sabtu.

Tambah beliau, kerajaan komited dan terus berusaha sebaik mungkin bagi memastikan program vaksinasi berjalan dengan lancar dan teratur.

Dalam pada itu tambah Muhyiddin, kerajaan bercadang melaksanakan proses pendaftaran vaksin Covid-19 secara automatik bagi memastikan seramai mungkin rakyat divaksinasi.

"Saya mendengar keluhan penduduk di luar bandar, kampung dan pedalaman terutama warga emas yang sukar melakukan pendaftaran dan menerima vaksin.

"Saya telah mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat menggunakan semua aset kerajaan bagi memudahkan mereka menerima vaksin," katannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir dalam program vaksinasi, Muhyiddin berkata kerajaan akan melancarkan unit-unit vaksinasi bergerak ke kampung-kampung dan kawasan pedalaman untuk memudahkan penduduk kampung, orang asli, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan gelandangan.

Menurutnya, sembilan negeri telah mengaktifkan unit vaksinasi bergerak setakat ini antaranya di daerah Tenom dan Kinabatangan, Sabah; daerah Gua Musang dan Pasir Puteh; Kelantan dan daerah Hilir Perak dan Kuala Kangsar, Perak

"Di Pulau Pinang pula, kerajaan telah memulakan perkhidmatan unit vaksinasi bergerak di lapan buah rumah jagaan orang tua setiap hari, manakala di Selangor, setiap daerah mempunyai unit vaksinasi bergerak sendiri," ujarnya.

Tambah beliau, Kementerian Wilayah Persekutuan juga telah memperkenalkan Trak Vaksin Bergerak dengan sasaran memberi vaksin dos lengkap kepada 400,000 penduduk di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di kawasan padat seperti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Pusat Transit Gelandangan.- SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain