PAKAR yang mengkaji mengenai kaedah campuran vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca akan mengadakan pertemuan pada minggu ini untuk melihat sama ada langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya negara menghadapi kekurangan bekalan vaksin. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata pertemuan seterusnya antara kumpulan pakar dengan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) pada Khamis (24 Jun) ini juga akan membentangkan data dari beberapa negara lain. ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 16 juta dos vaksin bakal diterima, pendaftaran automatik antara komitmen kerajaan pastikan PICK berjaya - PM Khairy menambah bahawa kaedah itu yang juga dikenali sebagai heterologi, hanya akan dilaksanakan jika terbukti selamat dan efektif. Menurut Khairy, negara-negara seperti Jerman, Sepanyol dan Korea Selatan juga telah melakukan kajian mengenai kaedah tersebut. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Katanya, jika kajian itu menunjukkan hasil yang baik, kaedah itu akan digunakan sebagai pelan alternatif kerajaan sekiranya terdapat kekurangan bekalan vaksin. Khairy juga berkata perbincangan yang diadakan baru-baru ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kekurangan pada bekalan vaksin AstraZeneca supaya penerima dapat melengkapkan dos kedua. "Saya perlukan Plan B tetapi setakat ini, semuanya baik-baik saja," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi pusat vaksinasi mega yang baharu dibuka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Isnin. - THE STAR Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!