suria

Pejabat Perdana Menteri nafi kenyataan tular Muhyiddin letak jawatan

Pejabat Perdana Menteri menafikan kenyataan yang tular yang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan.

PEJABAT Perdana Menteri pada Sabtu menafikan satu kenyataan media yang tular yang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal melepaskan jawatannya.

Dalam maklum balas ringkas kepada media, ia menyangkal kenyataan yang mendakwa bahawa Muhyiddin perlu mengundurkan diri setelah Kabinetnya gagal mengawal pandemik Covid-19 di negara ini.

Kenyataan itu juga mendakwa bahawa Kabinet secara kolektif menerima keputusan tersebut dan mencadangkan beliau untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang baharu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Muhyiddin kini berada di bawah tekanan yang hebat berikutan lonjakan kes Covid-19 di negara ini yang menyaksikan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Jun, yang mana meninggalkan impak besar kepada sebilangan besar rakyat.

Pada Khamis (8 Julai), Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa parti itu telah memutuskan untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Ahmad Zahid berkata keputusan itu telah diputuskan sebulat suara oleh Majlis Tertinggi Umno selepas mesyuarat secara maya pada Rabu lalu. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain