UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Selasa, 20 Julai ini.
Perkara itu diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.
Pengumuman tarikh Aidiladha itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan pada Sabtu.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1441 Hijrah ialah pada 11 Julai 2021 Masehi.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 20 Julai 2021, " katanya.
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!