suria

Jangkitan baharu 9,105, Selangor kekal rekod jumlah kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 9, 105 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 9, 105 kes baharu pada Ahad.

Ini menjadikan jumlah kumulatif adalah 836,296 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 87, 841 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik lagi! Malaysia catat 9, 353 jangkitan baharu, tertinggi sejak Covid-19 melanda negara

Daripada 9,105 kes baharu yang dilaporkan, 9,087 kes merupakan penularan tempatan dan 18 kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 4,682 kes, diikuti Kuala Lumpur (1, 247) dan Negeri Sembilan (541).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 91 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,158 kes, " katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 5,194 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 742,297 kes.

"Sehingga kini, terdapat 961 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 455 kes memerlukan bantuan pernafasan, " katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain