suria

Ikrar perangi Covid-19, tidak akan putus asa... asrama doktor pelatih kini wad sementara HTAR

HTAR menukar kompleks rawatan asrama dan pesakit luar di Klang menjadi wad sementara untuk menampung kemasukan pesakit Covid-19. - Foto diambil dari Facebook

WALAUPUN peningkatan besar dalam kes Covid-19 kian membimbangkan, kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor terus berusaha untuk menangani keadaan tersebut.

Menerusi entri di laman Facebook mereka "Kita Harus Menang", hospital tersebut berjanji akan memerangi wabak itu secara berterusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wad psikitari lelaki HKL ‘dibekukan’ selepas 10 pesakit positif Covid-19

Salah satu langkah yang diambil adalah dengan membuka wad Covid-19 sementara.

"Kakitangan HTAR tidak putus asa. Mereka berusaha untuk memastikan bahawa mereka bersedia menangani peningkatan jumlah kes Covid-19 di hospital.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dengan kes harian di Selangor melebihi 4 000, itu bukan petanda baik bagi HTAR kerana kes yang datang ke jabatan kecemasan dalam sehari juga meningkat. Hal ini menyebabkan tempat tidur pesakit tidak mencukupi," tulis entri tersebut.

Oleh itu, keputusan dibuat pengurusan hospital dan ketua jabatan setelah mempertimbangkan semua risiko, beberapa kawasan ditukar menjadi wad sementara untuk pesakit Covid-19. Wad tersebut dapat menampung pengambilan pesakit harian secara drastik, jelas entri itu.

Kawasan yang ditukar menjadi wad sementara untuk pesakit Covid-19 merupakan asrama doktor pelatih dan kompleks rawatan pesakit luar. Kedua-dua lokasi tersebut telah menerima pesakit Covid-19 bermula jam 8 malam pada hari

Jumaat. - The Star Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

hospital, katil, covid-19, HTAR, pesakit

Artikel Lain