SAMBUTAN Hari Raya Aidiladha cukup sinonim dengan pengorbanan. Di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), para sukarelawan tetap akan menjalankan tugas mereka pada hari mulia itu. ARTIKEL BERKAITAN: Ambil iktibar... usah kunjung-mengunjung, elak jadi ‘korban’ ketika Aidiladha Salah seorang daripada mereka, Nur Farzana Ezani, 22, juga akan bertugas di PPV Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam ketika Hari Raya Aidiladha. "Kita tak dibenarkan untuk melakukan perjalanan balik ke kampung, jadi saya pilih untuk habiskan masa membantu orang di PPV. "Bukan saya sahaja yang terkesan, jadi saya tak kisah bertugas pada hari cuti. "Masa sangat berharga buat saya. Saya suka luang masa untuk diri sendiri. Tapi pandemik telah mengubah perspektif saya," ujarnya. Tambah gadis itu lagi, dia berasa gembira dan puas dapat membantu mereka yang hadir ke PPV. Seorang lagi pelajar universiti yang mahu dikenali sebagai Farhan mendedahkan dia menjadi sukarelawan untuk membantu mempercepatkan proses vaksinasi di negara ini. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut Sara Qahar pula yang menjadi sukarelawan di PPV mega Stadium Nasional Bukit Jalil, pengorbanan Aidiladha untuknya kali ini adalah dengan melakukan kebaikan untuk orang lain. "Kita letakkan orang lain atas daripada kepentingan diri sendiri. Pada saya, bertugas di PPV ketika hari cuti merupakan pengorbanan saya tahun ini," ujarnya. - The Star. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!