suria

"Zaid ini orang hebat, tak elok kata orang lain tak guna"

Zaid Ibrahim menggelar Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai 'tidak berguna' dan mendesak menteri itu meletakkan jawatan seperti dilaporkan portal FMT.

BEKAS menteri Datuk Zaid Ibrahim sewajarnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dan tidak mencari peluang untuk mengeruhkan suasana, kata Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata Zaid seharusnya 'cermin diri sendiri' sebelum memanggil orang lain sebagai 'tidak berguna'.

Beliau mengulas kenyataan Zaid Ibrahim menggelar Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai 'tidak berguna' dan mendesak menteri itu meletakkan jawatan seperti dilaporkan portal FMT.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesian Zaid Ibrahim - Arul Kanda

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Bukan Gila Kuasa Atau Primadona" - Zaid

"Beliau (Zaid) ini orang hebat, pernah menjadi menteri satu ketika dahulu dan beliau juga seorang pakar dalam perlembagaan. Jadi tidak elok rasanya untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu.

"Kita harus bersikap rasional dalam memberi komen, jangan ikutkan emosi," kata beliau ketika dihubungi The Star hari ini.

Ibrahim berkata, Zaid harus mengambil kira situasi Covid-19 yang sedang melanda ketika ini dan tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan semua kesalahan kepada Menteri Pendidikan.

Abu_SHAH

Ibrahim Abu Shah mengulas kenyataan Zaid Ibrahim menggelar Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai 'tidak berguna' dan mendesak menteri itu meletakkan jawatan seperti dilaporkan portal FMT.

"Ketika musim Covid-19 ini, kementerian terpaksa melaksanakan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang sememangnya sesuatu yang baru.

"Ditambah pula dengan situasi Covid-19 yang tidak menentu, ianya menyukarkan pihak kementerian untuk melakukan sebarang keputusan. Saya sendiri tidak terkejut jika pembukaan sekolah pada September ini ditarik semula.

"Saya akui, beliau (Radzi) juga ada kelemahannya sendiri tetapi kita harus melihat perkara ini secara menyeluruh," katanya yang juga bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ibrahim turut menasihati Radzi supaya berbincang dengan semua pihak sebelum melakukan sebarang keputusan.

"Pertama sekali, segala keputusan yang ingin kita ingin lakukan harus melalui komunikasi dua hala. Kita mempunyai Pengarah Pendidikan di setiap negeri, jadi berbincang dan tanya pendapat mereka. Bukan hanya bermesyuarat dengan pegawai sendiri," katanya.

Selain itu, Radzi dinasihatkan supaya mengambil kira pandangan-pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam mengambil sebarang tindakan.

"Ketika menjadi Naib Canselor UiTM dahulu, saya sendiri akan berbincang dan bermesyuarat dengan rektor-rektor UiTM di seluruh negara serta dekan-dekan fakulti sebelum melakukan sebarang keputusan," jelas Ibrahim.

Artikel Lain