PIHAK polis kini sedang menyiasat video yang tular yang memaparkan sekumpulan individu sedang menari di dewan sebuah hotel kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, majlis berkenaan dipercayai berlangsung pada bulan April. "Kami akan menyiasat untuk melihat kesalahan yang dilakukan. "Kami akan menelitinya dengan lebih lanjut," katanya ketika dihubungi. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dalam video yang tular itu, beberapa individu kelihatan sedang menari dan berdiri berdekatan antara satu sama lain dengan ada antara mereka yang tidak memakai topeng muka. Dipercayai majlis berkenaan diadakan di sebuah hotel di Shah Alam pada 28 hingga 30 April lalu, ketika kes Covid-19 mula mencatatkan peningkatan setiap hari. Video berkenaan mengundang kecaman ramai kerana disifatkan tidak bertanggungjawab malah turut mengabaikan SOP, dengan rata-ratanya menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan. - THE STAR Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!