BARU sahaja sejam bersidang, Sidang Khas Dewan Rakyat berlangsung sudah kecoh dengan perbalahan antara ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang mempersoalkan tentang pelaksanaan mesyuarat berkenaan yang tidak mengikut Perlembangaan dan aturan bertulis. Kekecohan itu turut melibatkan perosalan tentang kenapa perbahasan pengisytiharan darurat dan ordinan-ordinan dibawahnya menjadi agenda dalam persidangan, ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat video tular menari di hotel Hal itu dibangkitkan oleh beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk dari Datuk Seri Anwar Ibrahim (Port Dickson), Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor), Chang Lih Kang (Tanjung Malim) dan Gobind Singh Deo (Puchong). [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Keadaan bertambah panas apabila Ramkarpal mendakwa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebagai berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan. Bagaimanapun sidang kembali bersambung apabila Azhar meminta semula pihak bertenang untuk memberi laluan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 berlangsung selama lima hari, mulai hari ini sehingga 29 Julai dan 2 Ogos depan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!