suria

Jom semak senarai PPV untuk vaksinasi secara ‘walk-in’ di Lembah Klang

Orang ramai sedang menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di PPV. Gambar hiasan. Foto: Azhar Mahfof/The Star

VAKSINASI secara 'walk-in' di Lembah Klang bagi warga Malaysia yang berusia 40 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai sejarah penyakit komorbid dibuka bermula 2 Ogos hingga 4 Ogos.

Sementara itu, pemberian vaksin secara 'walk in' bagi warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pula akan dibuka pada 5 Ogos hingga 22 Ogos.

Bagi warga asing yang berumur 40 tahun ke atas serta mempunyai sejarah penyakit komorbid, vaksinasi secara 'walk-in' dibuka bermula 9 Ogos hingga 11 Ogos.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksinasi ‘walk-in’ di Lembah Klang mulai 2 Ogos

Warga asing yang berusia 18 tahun ke atas pula boleh mendapatkan suntikan secara 'walk-in' bermula 12 Ogos hingga 22 Ogos.

Ia akan bermula pada jam 2 petang, dan mengikut senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dikhaskan untuk 'walk-in'.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Setiap individu perlu membawa dokumen sepert alamat yang tertera pada kad pengenalan, lesen memandu, bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja atau kad pelajar dan sebagainya sebagai bukti pemastautin di Lembah Klang.

Mereka yang mempunyai sejarah penyakit komorbid mesti membawa surat doktor atau dokumen berkaitan untuk mengesahkan sejarah kesihatan masing-masing.

Senarai PPV 'walk-in' adalah seperti berikut:

Warganegara (2 Ogos - 22 Ogos)

1. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), HCO F

2. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), HCO G

3. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), HCO H

4. Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC)

5. Hotel Wyndham, Klang

6. Dewan TAR Sabak Bernam

7. Dewan Komuniti Serendah

8. Movenpick Hotel & Convention Center KLIA, Sepang

9. Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam (IDCC)

Bukan Warganegara (9 Ogos - 22 Ogos)

1. Stadium Nasional Bukit Jalil

- THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

vaksinasi walk-in, PPV, Lembah Klang

Artikel Lain