suria

“Adakah patuh titah Agong satu kesalahan?” - Ismail Sabri dakwa surat Setiausaha Agong Umno bertentangan undang-undang

Ismail Sabri berkata setakat ini masih lagi belum menerima surat itu dan belum memutuskan tindakan seterusnya.

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan surat yang dihantar oleh Setiusaha Agong Umno adalah bertentangan dengan undang-undang.

Menurut Ismail Sabri, surat oleh Datuk Seri Ahmad Maslan itu akan diletili sebelum membuat pendirian untuk memberi jawapan balas atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid hantar surat akuan tambahan kepada Agong, tepis dakwaan kerajaan masih ada majoriti

"Kita akan terus menyokong kerajaan berdasarkan titah Agong sehingga keabsahan ditentukan di Parlimen, kita buat keputusan apabila sampai masanya.

"Surat 48 jam oleh Setiausaha Agong Umno, ia bertentangan dengan perundangan dan kita akan lihat perkara ini, akan buat keputusan untuk jawab atau tidak... akan bincang semula," katanya dalam satu sidang media, Jumaat.

Dalam masa yang sama Ismail Sabri menyeru Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar berjumpa dengannya dan ahli Parlimen parti itu untuk menjelaskan hasrat sebenar beliau.

Malah katanya, dia setakat ini masih lagi belum menerima surat tersebut dan belum memutuskan tindakan seterusnya.

"Saya akan baca surat tu, saya pun belum terima lagi. Kita akan kaji dan bincang sesama kita, apa perlu dilakukan selepas itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya tak tahu apa kesalahan, adakah patuh titah Agong merupakan satu kesalahan? Kalau itu satu kesalahan, saya tak tahulah siapa yang derhaka," ujarnya lagi.

Pada Khamis, Umno dilaporkan menghantar surat kepada semua ahli Parlimen agar menyatakan pendirian mereka secara bertulis.

Surat melalui Ahmad Maslan itu meminta semua ahli Parlimen parti itu menjawab borang yang dikepilkan sebelum 7 Ogos, untuk menyatakan sama ada tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan meletak jawatan atau menyokong PN dan tidak akan meletakkan jawatan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain