TINDAKAN meninggalkan kerajaan secara tergesa-gesa seperti yang diarahkan parti adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya peranan sebagai ahli parti yang setia adalah untuk berkhidmat kepada rakyat sama seperti mana yang termaktub dalam objektif parti. “Menarik diri secara serta-merta, menumbangkan kerajaan dan lari dari tanggungjawab kita yang diamanahkan rakyat merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. ARTIKEL BERKAITAN: Zahid hantar surat akuan tambahan kepada Agong, tepis dakwaan kerajaan masih ada majoriti ARTIKEL BERKAITAN: Umno tarik balik sokongan terhadap PN dan Muhyiddin... sudah hantar surat akuan ‘mencukupi angka’ kepada Agong - Zahid “Kita tidak mahu menjadi pemmpin yang tidak bertanggungjawab dalam keadaan rakyat sedang susah. “Jadi kita akan terus menyokong titah Yang Dipertuan Agong untuk terus kekal bersama kerajaan sehinggalah keabsahan kerajaan ini ditentukan di Parlimen September nanti,” katanya pada sidang media khas, Jumaat. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Sementara itu, Ismail Sabri turut mendakwa surat yang dikeluarkan Setiausaha Agung Umno kepada semua ahli Parlimen parti itu adalah bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong.“Kita akan melihat perkara ini dan membuat keputusan sama ada ingin menjawab atau tidak surat itu, kita akan bincang lagi.“Oleh kerana arahan itu adalah daripada Presiden Umno, maka kami desak beliau supaya berjumpa dengan kami ahli Parlimen supaya dapat menjelaskan tujuan dan hasrat beliau itu.“Kita merasakan tidak boleh keluarkan arahan secara tiba-tiba tanpa berjumpa dan memperjelaskan kepada kami tentang tindakan yang dilakukan,” katanya.Pads sidang media sama, Ismail Sabri mengumumkan seramai 31 ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.“Hari ini seramai 21 ahli Parlimen telah membuat pendirian yang juga telah disokong oleh 10 lagi ahli Parlimen yang tidak dapat hadir.“Pendirian kami adalah ahli Parlimen menjunjung kasih dan menjunjung titah ke bawah duli yang maha mulia Yang di-Pertuan Agong iaitu memperkenankan supaya kerajaan hari ini meneruskan pentadbirannya dan keabsahan kerajaan hari ini akan ditentukan di Parlimen September nanti,” jelasnya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!