suria

2 lelaki pengsan selepas terima vaksin kerana terlalu lapar

Siasatan mendapati bahawa salah seorang lelaki tidak makan sejak malam sebelumnya sementara seorang lagi makan kali terakhir pada pagi temujanji itu.

DUA lelaki yang rebah selepas mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Sandakan sebenarnya pengsan kerana kelaparan, bukan kerana kesan sampingan.

Menurut pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Dr Rose Nani Mudin, perkongsian di media sosial termasuklah dakwaan salah seorang daripada mereka meninggal dunia adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

"Kedua-dua lelaki itu pengsan selama beberapa minit tidak lama selepas suntikan masing-masing kerana lapar," katanya pada Selasa.

Siasatan mendapati bahawa salah seorang lelaki tidak makan sejak malam sebelumnya sementara seorang lagi makan kali terakhir pada pagi temujanji itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dr Rose Nani berkata, dia tidak pasti kenapa mereka tidak makan atau minum sebelum menerima vaksin.

Jelasnya, penerima vaksin harus makan dan minum sebelum menerima suntikan kerana waktu menunggu kadang-kala memakan masa hingga satu jam atau lebih, bergantung kepada kehadiran orang ramai.

Difahamkan, kedua-dua lelaki itu menjalani pemeriksaan perubatan setelah mereka kembali sedar dan dibenarkan pulang. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain