suria

Berita baik! Golongan remaja boleh divaksin tak lama lagi

Khairy berkata pengumuman akan dibuat minggu depan oleh JKJAV. -foto The Star

MALAYSIA akan memulakan proses vaksinasi kepada golongan remaja pada pertengahan September, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam surat pekeliling bertarikh 12 Ogos berkata vaksinasi ini akan melibatkan remaja yang berumur 12 hingga 15 tahun dengan masalah kesihatan tertentu.

Selain itu ia turut melibatkan golongan remaja berumur 16 hingga 17 tahun dengan atau tanpa masalah kesihatan tertentu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin menerusi tweet pada Jumaat turut mengesahkan perkara ini.

"Pengumuman akan dibuat minggu depan oleh JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19) tentang bagaimana vaksinasi Covid-19 untuk remaja akan dilaksanakan sesuai dengan pekeliling dan panduan klinikal terkini," tweet Khairy.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain