suria

“Terima kasih atas peluang ini...” - KJ, anggota Kabinet serah surat letak jawatan

Khairy membuat kenyataan itu menerusi Instagram pada Isnin tengah hari. Foto: BERNAMA.

ANGGOTA Kabinet sudah menghantar surat peletakan jawatan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi Instastory di Instagram pada Isnin tengah hari.

ARTIKEL BERKAITAN: PM tiba di Istana Negara, menghadap Agong sebentar lagi

"Kabinet telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Agong.

"Terima kasih atas peluang ini untuk sekali lagi berkhidmat kepada negara.

"Semoga tuhan merahmati Malaysia," tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut berkongsi satu tweet ringkas menerusi Twitter.

"Ia merupakan satu penghargaan untuk berbakti kepada negara tercinta dan rakyatnya. Semoga Allah merahmati kita semua," tulisnya.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara, kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

Selesai menghadap Agong, kenderaan membawa Muhyiddin dilihat keluar dari Istana Negara kira-kira 30 minit kemudian.

Muhyiddin dijangka membuat pengumuman berhubung kedudukannya pada petang ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain