suria

MT Umno adakan mesyuarat putuskan calon PM untuk dihantar ke Istana

Umno dijangka memuktamadkan calon untuk jawatan perdana menteri dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), malam ini.

UMNO dijangka memuktamadkan calon pilihan parti itu untuk jawatan perdana menteri dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada Selasa malam.

Mesyuarat tersebut diadakan di Menara Dato Onn, dan turut diadakan secara maya.

Difahamkan, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada di bangunan tersebut sejak Selasa petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Misi memilih PM ke-9... pemimpin parti politik tiba di Istana Negara, menghadap Agong secara serentak

Mesyuarat tersebut dilihat begitu penting kerana Umno secara kolektif harus memutuskan satu nama sebagai calon parti untuk perdana menteri.

Parti itu perlu memuktamadkan keputusan mesyuarat susulan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan surat akuan perlu dihantar kepada Istana Negara sehingga pukul 4 petang Rabu (18 Ogos).

Dalam satu kenyataan pada Isnin (16 Ogos), Ahmad Zahid berkata Umno akan mencadangkan beberapa calon untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu pada Selasa, pemimpin parti-parti politik sudahpun menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, susulan peletakan jawatan Muhyiddin pada Isnin.

Untuk rekod, Muhyiddin memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak Mac tahun lalu. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain