DIKEMASKINI SEBANYAK 19,631 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 1,444,270 kes setakat ini. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 252,147 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Daripada 19,631 kes baharu yang dilaporkan, 16,624 kes merupakan penularan tempatan manakala baki tujuh kes adalah jangkitan luar negara. ARTIKEL BERKAITAN: Mulai menurun, 19,740 kes Covid-19 baharu direkod hari ini Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 5,753 kes diikuti Sabah (2,103), Kedah (1,863), Kuala Lumpur (1,765) dan Johor (1,309). Perlis pula merekodkan 37 kes pada hari ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 293 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini. "Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 13,077 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa. Beliau berkata, sebanyak 16,468 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,179,046 kes. "Sehingga kini, terdapat 1,054 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 525 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI