suria

Misi memilih PM ke-9... pemimpin parti politik tiba di Istana Negara, menghadap Agong secara serentak

Pemimpin politik mula tiba ke Istana Negara untuk menghadap Agong pada tengah hari Selasa. Foto: BERNAMA.

MATA rakyat Malaysia hari ini tertumpu di Istana Negara apabila pemimpin politik dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang ini.

Ia susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada Isnin, sekaligus menyaksikan beliau dilantik sebagai caretaker sementara calon lain diangkat memegang tampuk pemerintahan negara.

Semua pemimpin terlibat dijangka menyampaikan pandangan parti politik mereka berhubung situasi negara ketika ini terutama berkaitan calon PM ke-9.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua MP diarah calonkan PM ke-9, serah surat akuan kepada Istana Negara sebelum 4 petang esok

Pada pukul 1.34 tengah hari ini, kenderaan membawa Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat masuk ke Pintu Dua Istana Negara.

Tidak lama kemudian, kenderaan membawa Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut dilihat memasuki Pintu Dua Istana Negara pada 1.52 tengahari.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula masuk ke Pintu Dua Istana Negara pada 1.54 tengahari.

Dua minit kemudian, kenderaan yang dinaiki Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng masuk ke Pintu Dua Istana Negara pada 1.56 tengahari.

Selain itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu masuk ke turut tiba ke Pintu Dua Istana Negara pada 1.57 tengahari.

Turut mencuri tumpuan tentunya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke Pintu Dua Istana Negara pada 1.59 tengahari.

Sementara itu, bagi wakil rakyat di Sarawak pula, pemimpin berkenaan akan menghadap Agong secara maya.

Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya di mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain