suria

Anwar dan rakan-rakan bertemu perdana menteri, ‘tak datang untuk minta jawatan’

Anwar berharap agar perkara itu tidak lagi menjadi isu yang diperdebatkan ramai.

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jawatan dalam kabinet bukanlah apa yang dikehendaki pembangkang.

Justeru, beliau berharap agar perkara itu tidak lagi menjadi isu atau diperdebatkan oleh orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: PM bertemu 3 ketua parti pembangkang

"Tidak berbangkit (jawatan ketua pembangkang dalam kabinet) dan saya pun tidak berminat.

"Saya tidak mahu itu dijadikan isu. Sejak awal kita kata, kita tidak datang untuk meminta jawatan," ujar Anwar selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Rabu petang.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita sama ada terdapat tawaran jawatan untuk Ketua Pembangkang dalam kabinet baharu yang bakal diumum tidak lama lagi.

Jelas Anwar lagi, apa yang paling penting dan diutamakan pada masa ini adalah soal ekonomi rakyat serta pandemik Covid-19.

Anwar yang juga Presiden PKR bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri kira-kira satu jam bermula pukul 2 petang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain