suria

PM dijangka menghadap Agong di Kuantan

Menurut sumber Istana Negara, ia dipercayai ada kaitan dengan perbincangan mengenai senarai kabinet cadangan Ismail Sabri.

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kuantan, Pahang, hari ini.

Menurut sumber Istana Negara, ia dipercayai ada kaitan dengan perbincangan mengenai senarai kabinet cadangan Ismail Sabri.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak serius tapi Ismail Sabri suka menyakat anak isteri... Chelsea dan Hael Husaini antara info menarik PM ke-9

"Ya, Perdana Menteri akan menghadap di Kuantan," kata sumber itu ketika dihubungi pada Rabu malam.

Ismail Sabri yang baru dilantik menerajui tampuk pemerintahan negara belum membentuk Kabinetnya.

Beliau sepatutnya menyerahkan senarai itu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan pada Rabu sebelum mengumumkan senarai menteri baharu.

Namun, difahamkan bahawa sesi menghadap ditunda kerana Yang di-Pertuan Agong berada di Kuantan.

Sumber berkata, Ismail Sabri menerima tekanan untuk membentuk Kabinet sebelum 31 Ogos. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain