DIKEMASKINI SEBANYAK 22,597 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 1,685,510 kes setakat ini. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 268,548 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Daripada 22,597 kes baharu yang dilaporkan, 22,585 kes merupakan penularan tempatan manakala 12 kes adalah jangkitan luar negara. ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 22,070 jangkitan baharu seluruh negara, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 5,814 kes diikuti Sabah (2,834), Sarawak (2,427), Kedah (2,162) dan Pulau Pinang (1,920) Perlis merekodkan 98 kes manakala Labuan merekodkan lima kes pada hari ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 252 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini. "Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,802 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu. Beliau berkata, sebanyak 19,492 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,401,160 kes. "Sehingga kini, terdapat 986 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 451 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI