suria

Menurun... Malaysia catat 20,579 kes baharu Covid-19

Selangor kekal mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 20,579 kes baharu, pada Ahad.

Ia menjadikan keseluruhan 1,706,089 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 267,997 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia rekod 22,597 jangkitan baharu Covid-19 seluruh negara

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 4,591 kes, diikuti Sabah (2,578), Sarawak (2,522), Johor (1,852) dan Kedah (1,755).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 285 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 16,087 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 20,845 kes telah pulih Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,422,005 kes.

"Sehingga kini, terdapat 1,009 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 477 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain