RAMAI yang terkesan susulan pandemik Covid-19 yang berlarutan, sekali gus mengubah gaya hidup masyarakat kini kepada norma baharu. Segelintir mereka hilang punca pendapatan apabila terpaksa diberhentikan kerja kerana syarikat terjejas, atau bisnes yang diusahakan mengalami kerugian akibat pandemik. Namun, mujur ada simpanan dan dana kecemasan yang telah disediakan bagi membantu individu malah seisi keluarga meneruskan kelangsungan hidup. Inilah masanya kita dapat dapat rasakan betapa pentingnya mempunyai tabung kecemasan dan menanam tabiat melabur. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Krisis pandemik menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menguruskan kewangan dengan bijak, menyediakan simpanan kecemasan dan melabur untuk masa depan. Masih belum terlambat untuk kita menambah pengetahuan dalam menguruskan kewangan yang lebih baik walaupun pada waktu sukar ini supaya kita sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan pendapatan. Berikut adalah tip pengurusan kewangan yang boleh dijadikan panduan: 1. Mengasingkan sekurang-kurangnya lima ke 10 peratus daripada pendapatan bulanan terlebih dahulu untuk simpanan dan pelaburan. 2. Mengutamakan keperluan masa hadapan berbanding kehendak semasa. Ini termasuk keperluan seperti kecemasan, persaraan dan tabung pendidikan anak-anak. 3. Berbelanja mengikut kemampuan dan mengelakkan perbelanjaan melebihi pendapatan. 4. Bebas daripada hutang yang tidak baik dan mengelakkan pinjaman berdasarkan kehendak seperti pinjaman peribadi atau penggunaan kad kredit untuk tujuan bukan keperluan. 5. Memperuntukkan simpanan untuk dilaburkan dalam instrumen pelaburan yang selamat dan kompetitif seperti unit amanah di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Membuat pelaburan menerusi platform digital. foto Megostudio/ Freepik Norma baharu bekerja dari rumah dan duduk di rumah sedikit sebanyak mengurangkan perbelanjaan tertentu seperti kos pengangkutan, makan di luar dan hiburan. Walaubagaimana pun ketika ini, perbelanjaan seperti barang runcit, utiliti dan penjagaan kesihatan turut perlu menjadi keutamaan. Tetapi anda haruslah bijak dalam membuat bajet berkaitan keperluan-keperluan tambahan tersebut dan perlu peruntukan juga untuk tabung kecemasan dan pelaburan. Sebagai instrumen pelaburan yang memberikan pulangan agihan pendapatan konsisten, ASNB merupakan platform pilihan terbaik untuk meningkatkan modal pelaburan dari tahun ke tahun. ASNB menawarkan dua kategori unit amanah iaitu: 1) Unit amanah harga tetap: Unit amanah dengan harga jualan dan belian pada harga tetap RM1.00 seunit. Pelabur berpeluang memperoleh pulangan dalam bentuk agihan pendapatan tahunan. Unit amanah harga tetap ini dibahagikan kepada 2 siri iaitu: a) Siri ASB terdiri daripada Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) b) Siri ASM terdiri daripada Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Malaysia 2 - Wawasan (ASM 2 Wawasan) dan Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) 2) Unit amanah harga berubah: Unit amanah ini mempunyai harga seunit berubah setiap hari bergantung kepada Nilai Aset Bersih (NAB) portfolio setiap tabung unit amanah tersebut. Pelabur berpeluang menerima pulangan dalam bentuk agihan pendapatan tahunan dan keuntungan modal apabila pelabur menjual pada harga NAB lebih tinggi berbanding harga NAB seunit semasa melanggan tabung tersebut. Unit amanah harga berubah terdiri daripada 3 kategori dana iaitu: a) Dan ekuiti yang terdiri daripada Amanah Saham Nasional (ASN), ASN Equity 2, ASN Equity 3, ASN Equity 5 dan ASN Equity Global b) Dana aset campuran imbang terdiri daripada ASN Imbang 1, ASN Imbang 2 dan ASN Imbang 3 Global c) Dana aset campuran konservatif terdiri daripada ASN Sara 1, ASN Sara Sehubungan itu, adalah jelas bahawa walaupun dalam pandemik, rakyat Malaysia masih berpeluang membuat pelaburan dengan lebih mudah menggunakan platform digital (dalam talian/online) melalui kemudahan portal myASNB (www.myasnb.com.my), aplikasi myASNB dan perbankan internet ejen-ejennya. Menerusi platform digital yang kini digunakan secara meluas, ia bukan sahaja memudahkan urusan malah melindungi keselamatan pengguna tanpa perlu ke kaunter. Antara kemudahan disediakan oleh platform digital myASNB adalah pelabur dapat mengakses akaun secara dalam talian, membuat pelaburan tambahan, melihat baki semasa, rekod transaksi, penyata dividen, kemudahan membuat pelaburan bulanan secara automatik melalui auto labur, dan pengeluaran dalam talian. Berita baik buat pelabur yang melabur dalam unit amanah saham ASNB secara online melalui myASNB dan perbankan internet, mereka kini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan menerusi kempen Jom Labur Online yang berlangsung sehingga 30 November 2021. Penyertaan adalah secara automatik setelah pelabur membuat transaksi pelaburan minimum RM500 secara online dalam mana-mana unit amanah ASNB. (https://www.asnb.com.my/JomLaburOnline.php). Kelayakan: 1. Terbuka kepada pemegang unit ASNB sedia ada dan baharu yang mempunyai pegangan unit di dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB (kecuali kakitangan kumpulan PNB/ASNB). 2. Membuat transaksi pelaburan tambahan dalam mana-mana unit amanah ASNB secara online melalui: Portal myASNB (www.myasnb.com.my) atau; aplikasi myASNB atau; ejen perbankan internet: Maybank2u, CIMB Clicks, Affin Online, RHBNow atau HLB Connect. 3. Penyertaan adalah secara automatik setelah pelabur membuat transaksi pelaburan minimum RM500 secara online dalam mana-mana unit amanah ASNB. 4. Peserta yang layak untuk kategori Hadiah Bulanan dan myASNB Pay Day Special akan dipilih sebagai pemenang secara rawak setiap bulan. 5. Untuk kategori pendaftaran myASB: Pelabur yang mendaftar myASNB pada tempoh kempen. Cara penyertaan mengikut kategori dan hadiah yang ditawarkan Kategori: Hadiah Bulanan Cara penyertaan: Pelabur perlu membuat transaksi pelaburan permulaan atau tambahan minimum RM500 dalam mana-mana unit amanah ASNB secara online (myASNB dan perbankan internet). Hadiah: Sehingga 15 unit iPhone 12 Pro (128GB) setiap bulan (tertakluk jika mencapai 350 ribu transaksi setiap bulan). Kategori: myASNB Pay Day Special Cara penyertaan: Pelabur membuat transaksi pelaburan tambahan minimum RM1,000 dalam mana-mana unit amanah ASNB melalui portal atau aplikasi myASNB pada tarikh 25 haribulan sehingga akhir bulan untuk setiap bulan dalam tempoh kempen. Hadiah: 5 unit iPad Pro (128GB) setiap bulan. Kategori: Pendaftaran myASNB Cara penyertaan: Mendaftar portal myASNB dalam tempoh kempen kempen (1 Jun – 30 November 2021) Hadiah: Unit amanah percuma RM10 untuk 1,000 pelabur terawal yang membuat pendaftaran myASNB setiap bulan. Dalam pada itu, pemegang unit (pelabur) membuat transaksi pelaburan tambahan dalam ASB, mereka juga layak menyertai kempen Kumpul & Menang yang sedang berlangsung sehingga 31 Oktober 2021. Kempen Jom Labur Online berlangsung dari 1 Jun 2021 sehingga 30 November 2021. Maklumat lanjut, boleh layari https://www.asnb.com.my/JomLaburOnline.php Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI